Isnin, 20 Mei 2013

Zahid Hamidi Berang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

Dengan nada marah , zahid berkata "Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.


Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.

Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.

Sementara itu, Zahid dalam sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke atas aktivis mahasiswa Adam Adli.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik.

"Kalau saya cakap, nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar profesional," katanya.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas perkara itu kemudian.

Ahad, 19 Mei 2013

Isu Exco Selangor akan selesai dalam 2 hari - Tony Pua


Tony Pua dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenainya petang ini.

Dalam pertemuan itu beliau bersama dengan Teresa Kok (Pengerusi DAP Selangor) dan Teng Cham Khim (Timbalan Pengerusi DAP Selangor) telah berbincang mengenainya dengan Khalid.


"Kita telah mencapai kata sepakat ianya akan diselesaikan dengan baik dan tidak akan ada kenyataan sehinggalah Exco dibentuk," kata Tony.

Pagi tadi, Tony Pua dalam kenyataannya mempertikaikan perubahan keputusan yang telah dicapai sebelum ini.

Sebelum ini PAS diputuskan akan menentu Speaker dan akan mendapat tiga kerusi Exco manakala DAP akan mendapat 4 dan PKR 3.

Namun malam tadi Khalid dalam kenyataannya berkata, kouta Exco adalah PAS 4, DAP 3 dan PKR 3.

-Grak khas-

Adam Adli direman lima hari














Peguam Lawyers For Liberty, Latheefa Koya memaklumkan aktivis mahasiswa Adam Adli direman selama lima hari mulai hari ini sehingga Khamis, 23 Mei.


Lanjutan reman dibacakan majistret Muzlina Mohamad di Lokap Berpusat Kuala Lumpur dekat Jinjang, hari ini.

Adam yang diwakili peguam Eric Paulsen disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.

Tambah Latheefa, pihaknya akan mencabar tempoh penahanan yang dianggap percubaan untuk mengintimidasi dan menakutkan seseorang yang lantang bersuara.

“Adam akan gunakan haknya untuk berdiam diri dan tidak menjawab apa-apa soalan. Jadi, untuk apa pihak polis menahannya selama lima hari? soalnya.

Dalam pada itu, Latheefa memaklumkan, kebenaran untuk menjamin Adam tidak termasuk dalam perbincangannya bersama majistret Muzlina Mohamad dan pegawai penyiasat ASP Redzainie.

“Penahanan ini tak masuk akal. Ia hanya percubaan untuk mengintimidasi dan menakutkan seseorang yang lantang bersuara. Kita akan cabar penahanan ini,” tegas Latheefa.